Showing posts with label cerita gua. Show all posts
Showing posts with label cerita gua. Show all posts

27 November 2011

I'm Sorry Mom

Dua hari gua demam setelah bertahun2 tak alami kesakitan yang seperti ini.

Sakit demam itu 1 cerita,tapi kesakitan yang datang di sebalik sakit itu lebih menyakitkan sebenarnya.

48jam tanpa tidur membuat gua terfikir tentang berbagai2 perkara.

Don't want to talk about insaf thingy.
Bullshit semua tu.Gua tau semua tu sekejap jer.

Ibarat nak menipu Tuhan.Konon2 kalau dah sihat nanti nak bertaubat bagai,nak buat baik etc.Fuck! Macam la Tuhan tu bodoh.

Tapi bila cerita Tuhan bertembung dengan cerita mak bapak, benda akan jadi sukar lebih2 lagi when Tuhan+Ibu.

Damn! memang tak tentu arah dibuatnya.

Waktu tu pilihan seperti bukan lagi pilihan.Nak atau tak nak sama saja.

Dalam dunia ni ada anak2 yang sanggup mengorbankan kebahagiaan hidup sendiri selamanya hanya untuk jaga hati ibu.

Tipu diri sendiri,Tipu ibu,Tipu tuhan, Tipu semua.

But pardon me mom,anakmu ini bukanlah jenis yang sebegitu.

I'm realy sorry.

27 October 2011

Coffee With Love


Kadang2 dalam hidup ni banyak benda yang kita tak nampak.Maksud gua sesuatu yang berlaku di sebalik suatu cerita.

Gua bagi contoh satu cerita yang baru berlaku sebentar tadi.
Cerita yang nampak: Seorang hero menghantar secawan kopi kepada buah hatinya yang sedang bekerja sambil mengadap laptop di tingkat 1. 
Cerita yang tak nampak :
Hujan turun agak lebat,suasana amat suram.Secara tiba2 hero yang sedang merokok di ground floor teringatkan buah hati kesayangannya di tingkat atas.

Berdetik dalam hati hero "kalau kena kopi tarik hujan2 ni,best jugak"

Lalu hero itu dengan rajinnya pergi ke pantry untuk meneruskan niatnya untuk membuat kopi tarik,tapi walaupun hero ini adalah peminat nombor 1 kopi tarik,dia mengutamakan dahulu buah hatinya yang juga sudah terjebak menjadi seorang peminat kopi tarik.

Hero itu memulakan proses membuat kopi tarik dengan membuka 1 tin susu.Dengan tidak semena-mena jari telunjuk hero terluka dengan agak dalam kerana terkena tajamnya tin susu.Darah menitik ke lantai tanpa henti.

Tapi kalau dah nama hero,dia tahan jer..buat2 cool walaupun pedih luka tu payah nak diterangkan.

Hero itu membasuh jarinya dan menutup jari yang luka itu dengan berhelai2 tisu.

Hero meneruskan proses membuat kopi dengan merendam serbuk kopi.

Sewaktu proses merendam kopi,sekali lagi secara tak semena2 gelas itu jatuh pula ke lantai dan air yang panas itu terkena pula pada tangan si hero.

Maka menjerit la hero sekali lagi,tapi hero tu jerit perlahan2 jer..takut orang dengar la katakan.

Hero terpaksa merendam serbuk kopi sekali lagi dan dalam waktu yang sama hero perlu membersihkan lantai yang telah kotor kerana kopi yang tumpah tadi.

Dipendekkan cerita maka siaplah secawan kopi tarik yang bukan saja manis tapi penuh dengan jiwa dan kasih sayang.

Maka berjalan lah hero itu menaiki tangga untuk pergi ke tingkat atas,dan terjadi lah sebuah cerita yang nampak tadi "Seorang hero menghantar secawan kopi tarik kepada buah hatinya  yang sedang bekerja sambil mengadap laptop di tingkat 1."

Buah hatinya menerima secawan kopi tarik itu dengan senyuman dan ucapan terima kasih tanpa mengetahui atau nampak kejadian disebalik pembikinan kopi tarik itu.

Sekian.

ps: Kopi yang penuh jiwa seperti ini tidak dijual di Starbucks atau Coffee Bean.Ok bye. :)


15 September 2011

I'm Back To Zero

Gua masih menantikan beberapa panggilan telephone atau sms dari teman2 yang gua anggap rapat.
Cukuplah sekadar "Neo..are u okay?"

*waiting*

14 July 2011

She Said..

 

“Knowing you is value added to my life.

Knowing you teach me to value the time we spend together.

Knowing you teach me to accept you without any conditions.

Knowing you make me realize that sometime be a good listener is better than be an observer.

Knowing you teach me that it’s ok to tell the truth rather than telling lie.

Knowing you make me realize that you’re so love to pampered.

Knowing you make me realize that all this while my life is not complete until I know you.”

I said:

Knowing you is one of the best part of my life. <3<3<3

04 April 2011

When Sex Goes Unmentioned

 

Setiap lelaki mempunyai sisi yang baik dalam diri masing2.

Baik yang gua maksudkan di sini lebih pada sifat penyayang, also known as caring.

Bukan pada semua orang kita boleh curahkan.Even pada girlfriend or wife sendiri pun belum tentu kita dapat tunjukkan sifat penyayang kita yang sebenar.

Percayalah..there will come a time in your life, you will meet the women that you will care about but you don’t expect anything in return.

Waktu itu sex and lust bukan lagi perkara utama.

Kau takkan faham selagi masa itu belum tiba.

Every person have their sweet side. the only difference is the way they show it and their chance of having a person to share it with.-Unknown

12 March 2011

Hatiku Merindukan Pemiliknya

 

Mengimbas kembali tahun-tahun gelap ketika gua menghabiskan sisa- sisa hidup dengan sekandang kambing.

Ketika itu cuma ada Dia,kambing dan diri gua yang semakin asyik di alam buana.

Iyer..alam itu amat asyik.Mungkin kerana hidangannya membuatkan gua lupa akan kesakitan yang sedia ada.

Menikmati saat-saat indah untuk lebur dalam peleburan terlalu sukar untuk gua luahkan dengan kata-kata.

Di saat itu tidak ada satu malaikat pun yang mampu memasuki ruang lingkup yang nampak seakan akan seperti ciptaan sendiri.Namun itu cuma pada mata orang.

Seperti mana sejarah sistem pernomboran dunia.Yang mana ia hanya lengkap ketika datangnya seorang bijak pandai yang menambah satu lagi angka yang di namakan ‘0’ (kosong),seperti itu lah jua perjalanan itu.

Belajarlah setinggi mana pun.Penamatnya ialah ‘kosong’ atau dalam kata lain ‘tiada daya dan upaya’.

Kesedaran akan perkara itu barangkali akan datang lagi.

Mungkin sedetik,mungkin seketika dan mungkin buat selamanya.

06 February 2011

Light In The Light

 

Bercerita tentang agama akan membuat jiwa bergolak jika tidak kena dengan cara.

Tidak semua yang sesat itu akan terus hanyut dan tidak semua yang kononnya berada di jalan yang lurus akan sampai.

Mungkin saja niat Gautama itu baik akan tetapi tidak semua yang tahu.Mungkin bukan nasib dia sampai untuk mengenali cahaya yang ada dalam cahaya itu.Namun sekali lagi niatnya mungkin baik.

Tolong diam.

Tak perlu berdebat kalau dalam hati hanya ada sifat ingin mencari kesalahan.

Ahh..

Memang gua tak pernah membaca Bible,tapi kalau ada depan mata,ceritanya mungkin lain.Itu ilmu.

Bercerita tentang diri,

Gua suka melihat tempat2 ibadah.Tak kira samaada kuil,gereja,tokong bahkan pokok2 yang dililit dengan kain2.Kalau diizinkan,teringin gua berbaring di dalamnya.

Sesatkah gua? itu gua sendiri yang tahu.

Gua hanya bersifat ‘HAMA’ ,terlalu kecil..yang berlawanan dan amat kecil dari sifat  ‘MAHA’

Jangan lah bangga jika luaran seperti Sufi.Kau akan naik menjulang-julang tetapi ingatlah..jika kau jatuh,Kau akan lebih teruk dari kawanan domba.

Gua pernah alami itu.

Light In The Light

30 November 2010

10 Things I like About My Girlfriends

 

10 Things I like About All My Girlfriends 

  1. Gua suka cara dia berlari kat gua bila gua datang rumah dia.
  2. Gua suka cara dia sebut “Anyway..”
  3. Gua suka bila dia tukar pinggan dia yang licin dengan pinggan gua yang selalu tak habis bila makan.
  4. Gua suka bila dia call dan tanya gua “hei..how’s work?”
  5. Gua suka cara dia pandang mata gua.
  6. Gua suka bila dia kejut gua pukul 6am semata2 tak nak gua lambat masuk keje.
  7. Gua suka bau dia..macam bau susu kotak.
  8. Gua suka memek muka dia..terutamanya bila dia buat muncung tu..aaaa..sukernya.
  9. Gua suka tengok dia gelak tanpa sebab bila dengan gua.
  10. Gua suka dengar dia bercakap pasal gua akan rasa amat tenang setenang-tenangnya.

PS: Gua suka dorang semua. :-)

08 October 2010

The Story Behind The Soda

 

The Story Behind The Soda

From the very fuckin 1st day,i already told you,I'm not like others! I’m nothing..I’m nothing!

I sleep while everyone else is awake.
Sometimes i feel like depressed men who only bear the week to get to the weekend, but when the weekend comes, i do absolutely nothing.

But I’m not stupid,i know about your game.I only act dumb to make the stupid people like you feel clever.I only listen to your constant bullshit hoping that you just might hear the stupid things that are coming out of your mouth.Turns out you can't fix stupid.

Keep pretending,keep lying,lies and more lies but you poke a wrong tiger this time sweetie.

I'm done with this.

You want to hear a good lie from me?

Here's one - “I love you.”

ps: Let me know when you grow up. Maybe I'll still be around.

20 September 2010

Cerita Cinta Tak Sengaja

 

Masa tu gua berada di hutan Temerloh Pahang Darul Makmur.Gua ikut kawan buat sedikit research mengenai pokok gaharu.Pokok gaharu ni boleh gua katakan antara pokok yang termahal di dunia.Sebatang pokok gaharu yang berusia 6-7 tahun boleh dijual dengan harga RM1k.Tapi tu semua bergantung pada kualiti sesuatu pokok tu lah.Dah dah..gua bukan nak cerita pasal bisnes pokok,kalau lu orang nak tau,sila google sendiri ok,gua nak cerita pasal kisah cinta ni..fokus fokus.:)

Ceritanya macam ni..

Sebelum gua pergi kat hutan ni,gua adalah kenal ngan sorang awek ni,comel sangat2..dia punya comel teramat susah untuk gua terjemahkan dengan kata2.

Gua memang suka tengok perempuan yang comel, tapi tak bermakna bila gua cakap suka tu bermakna gua nak,Gua cuma suka je,itu saje..percayalah cakap gua ni.

Okay2..sambung cerita.

Gua kenal dia ni adalah dalam 6 bulan ,tapi selalunya gua borak gitu2 jer,kadang2 seminggu sekali,kadang2 sebulan sekali.Memang macam kawan2 biasa la.Masuk pada hari gua nak pergi hutan tu, dah sebulan gua takde contact2 dia langsung.

Al kisahnya masa gua sampai di hutan tu,tetiba jer gua teringat kat dia.Masa tu gua rasa rindu semacam..rindu yang tak pernah gua rasa pada seorang kawan.Rindu yang sampai menusuk jiwa mafia gua..arghhh sendiri faham la,tak reti gua nak terangkan tahap rindu gua masa tu.

Petang tu,gua macam biasa tolong member gua buat kerja.Tugas gua masa tu masukkan ubat kedalam dahan2 pokok yang telah ditanda.Jadi berbekalkan barang2 yang patut gua pun mulalah memanjat pokok tu dengan penuh semangat.Disebabkan gua ni sibuk dengan urusan kerja yang lain gua terpaksa guna handsfree untuk handphone.Setiap panggilan amat penting untuk gua jawab masa tu.pokok gaharu - Cerita Cinta Tak Sengaja

kalau lu orang tak pernah tengok,ni lah contoh pokok gaharu

Baru je beberapa ubat gua masukkan pada pokok tu,tetiba gua dapat satu sms dari dia yang berbunyi - “I’m on meeting,I’ll call u back”

Ha??? gua dengan terkejutnya baca lagi sekali sms yang pendek tu sambil tertanya2 ‘apsal tetiba jer dia hantar sms macam tu kat gua?’ Dengan menggelupurnya gua check dialled number,takut2 gua terdail nombor dia.

Arghhh…memang betul gua dengan tak sengaja dah tercall nombor dia..betul ni gua tak tipu,gua memang terdail.Yang gua pelik gua tak active kan speed dial,dan lagi satu nama dia bukannya mula huruf ‘A’ tapi huruf ‘D’.Kenapa dalam beratus nombor yang ada dalam hanphone gua ni,nombor dia yang gua boleh terdail? arghh pelik..gua memang tak sengaja langsung.

Tak habis lagi gua punya pelik,tup tup..handphone gua berbunyi.

Hello..“Hye neo..how are u? lama tak dengar cerita”

Gua : Hye..i ok jer,sihat mcm biasa..cuma busy sikit lately ni,banyak keje la.Skrg ni pun i kat atas pokok ni,tgh buat keje..huhu

Dia : Ha? atas pokok? merepek la u ni..sorry la eh tak dapat jawab ur call tadi,i ada meeting.Ada ape eh neo?

Disebabkan gua masih dalam mood pelik,Gua ambil masa untuk jawab soalan yang simple tu dan dengan bengapnya gua jawab..

Owh..takde ape2 pun..sebenarnya i terdail nombor u tadi,betul ni i tak tipu taw..(gua terus tepuk dahi sendiri sambil cakap dalam hati “apsal la bengap sangat aku jawab macam tu,dah tentu dia tak percaya punya..adoiii)

Sambil tergelak kecil dia cakap,hehe..owhh yeke..macam mana lah dalam banyak2 nombor kat phone u tu nombor i pulak yang u boleh ‘ter’ dail yer? hehe

Alamak,gua dah agak..dah tentu dia tak percaya..adoiii mcm mana ni???

Gua teruskan lagi perbualan dengan jawapan yang sama.

Entah la,i pun pelik jugak..tapi betul taw i memang terdail nombor u..percayalah..

Dia : Hehe..yer lah..i percaya,i ingatkan tadi u nak cakap ape2.

Gua : owh,takde lah..takde ape pun.

Dia : erm..kalau macam tu,ok la eh,u sambung lah keje u tu ok..jaga diri elok2 taw.

Gua : ermm ok..u pun sama tau,jaga diri baik2.

Dia : ok,thanks neo..bye..

Belum sempat dia nak letak phone,dengan tiba2 jiwa mafia gua sampai.Dengan nada macam nak menjerit,gua panggil nama dia

D*****

Dia : yer neo..

Gua : I miss u..

lepas tu dia jawab..

I miss u too neo.

Uwaaaaaa,gua punya happy masa tu rasa macam nak lompat2 jer.Nasib baiklah gua masih waras,kalau gua lompat mase tu dah tentu gua jatuh ke bawah..haha

Sampai situ je perbualan gua dgn dia pada hari tu dan gua meneruskan tugas gua kat atas pokok tu sambil tersengih sorang2..:)*muka senyum*

Sejak itu lah gua dan dia mula rapat dan bermulalah sebuah kisah cinta yang amat indah dalam hidup gua.Walaupun itu semua hanya tinggal kenangan,tapi gua tetap ingat saat2 manis terdail nombor orang yang gua rindu dan  gua namakan kisah itu ‘Cerita Cinta Tak Sengaja’

18 September 2010

Malas Itu Indah

 

Mungkin ramai yang tau lagu ‘Warisan Wanita Terakhir’ nyanyian Maman,tapi gua yakin tak ramai yang tau lagu bertajuk ‘malas’ni.

’Malas’ ialah sebuah lagu yang cukup indah dari kumpulan Teacher’s Pet,juga dinyanyikan oleh Maman.Gua pun tak tau ape cerita dia sekarang,last gua tengok dia masa gua pergi show kat plaza phoenix.Dah lama sangat pun,zaman gua sekolah menengah lagi.

Masa tu hidup gua hanya gitar dan muzik.Pegangan hidup gua masa tu ‘gua tetap akan bermain muzik tanpa mengira apa pun kekurangan hidup yang akan gua alami di masa akan datang.’

Gua tekad nak belajar kat Berklee College Of Music,tapi hasrat dan impian gua dihalang oleh mak gua.Ermm..dah bukan rezeki gua dalam bidang tu,ape nak buat.

Ape2 pun,lagu ni memang banyak bagi inspirasi dan kenangan pada gua,lirik dia memang class.Lu orang layan la lagu ni kejap kalau rajin.Klik je untuk dengar lagu tu ok.Enjoy :)

Teacher's Pet -Malas Itu Indah

Bilaku pejamkan mata segalanya menghampiri
Ke layar rasa semalam termanggu sejenak

Malasnya ku melangkah ke sana
Mencari sempadan kehidupan
Yang selalu hilang sebelumnya
Di sebalik satu kenyataan

Sesungguhnya malas itu indah
Tanpa ku terlibat dengan dosa-dosa
Dalam berusaha mencari sesuatu

Kekurangan di sini sudah cukup buatku
Apa yang kugenggam itulah harapan
Kelebihan yang datang adalah kesyukuran
Selagi dapat menyedut ketenangan
Sehingga terasa di jiwa
Nikmatnya..

Malasnya..

16 September 2010

Kenapa Kita Bosan

 

Kadang-kadang gua bosan,tapi jarang sekali gua luahkan perasaan tu keluar menjadi suara.

Sebosan mana pun gua,gua masih boleh berjaga sampai pagi,bangun ikut suka,masuk ofis ikut suka,online ikut suka,makan tido makan tido.

Arghh..bila fikir2 balik,bosan mana pun gua paling tidak gua tak perlu pergi perang macam kat bumi lain.Gua masih boleh lepak kedai kopi tengok orang main dam.Gua masih boleh lepak pantai teluk kemang tengok orang main banana bot.

Kadang-kadang gua tertanya-tanya:

  • Apakah sebenarnya yang gua nak dalam hidup ni?
  • Gua tau hidup ni sementara,tapi kenapa gua menggelupur tak tentu pasal?

Memang betul cakap member gua:

“Kekayaan adalah igauan penghuni pondok buruk,Kebahagiaan adalah igauan  penghuni istana”

Gua dah rasa berada dalam kedua-dua igauan itu,tapi kenapa gua masih rasa bosan?

Jawapannya cuma satu:

Gua kenal erti syukur..tapi GUA TAK BERSYUKUR!

Sekian Terima Kasih.

01 September 2010

Sayang Yang Lagi Satu

 

Sayang Yang Lagi Satu

Sayang

Sayang pada gua terbahagi kepada 2.

  1. Sayang pertama: “saya sayang sangat-sangat kat dia”
  2. Sayang kedua: “ishh..sayang betul la,tak sangka dia boleh jadi macam tu.”

ps: Gua sekarang dalam situasi untuk mengucapkan sayang yang kedua pada seseorang.Gua harap-harap sangat perkataan tu takkan keluar dari mulut gua.Amin..

31 August 2010

Jiwa Kacau

 

Jiwa Kacau

What is more painfull?

When the person whom you trust hurt you,

OR

the person whom you hurted still trust you?

ps: Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya panas sampai ke malam.:(

Gua Bukan Robot

 

Gua Bukan Robot

Selamat datang semua.Ini adalah blog baru gua.Blog ini gua buat khas untuk meluahkan segala apa yang gua nak.Takde terikat dengan sebarang niche.Gua akan taip apa yang gua suka kat sini.Gua tak peduli ada orang suka ke tak,pasal gua dah letih jaga perasaan orang,letih letih letih!!!

ps :gua bukan robot.

related posts

Related Posts with Thumbnails