25 December 2010

A Message With No Receiver

 

This message is for you..

I do not give you a candy which can be easily for you to  swallow  to enjoy the sweetness, but I give you the bitter seeds. So you have to chew it  before you can feel the secret inside it  even though the taste was so intensely bitter.

I'm try harder to find the best words to tell you what I was feeling but due to the fact that it's common sense you probably wouldn't understand anyways.

To make it simple,here we go..

You used to said that you hate losing.But as i told you before, there is big difference between hating losing and afraid to lose.You should learn about that.

Don’t lose your focus sweetheart..

Weary hearts can make your mind become like the parched desert.

You’ll be lost without a map and compass.

You want something that you call it ‘Happiness’ right?

Now I ask you..

“What does happiness means if you woke up every morning with a sense of longing?”

Think hard my dear..

A Message With No Receiver

16 December 2010

Itu Bukan Aku

 

Itu Bukan Aku

Tumbuhnya ditunggu tapi mekarnya bertukar tangan.Hidupnya seperti sebiji benih yang terbiar.Berhujan berpanas tiada yang peduli..Tetapi ia membesar dari hari kehari hinggalah rendangnya menjadi tempat berteduh pada musafir yang keletihan.

Dia sedang berada pada tahap terbaiknya sekarang.Rendangnya sudah mula menampakkan buah.Di waktu seperti ini ramai pula yang datang untuk mengambil hasilnya,sedangkan mereka tidak layak untuk merasai manisnya buah itu.Tapi dia tetap seperti dulu.Jika dia berubah, maka dia bukan aku.

14 December 2010

Morning Comes Too Early

 

Morning Comes Too Early

Kadang-kadang pagi datang terlalu awal dan kadang-kadang malam pula berlabuh terlalu lewat.Ini bukan mainan tidur dan bukan juga mainan mimpi.

Sesuatu yang dianggap penghias dalam cerita barangkali menjadi suatu siksaan pada yang bercerita.

Tetapi..curiga pada mata orang manakan sama dengan watak yang telah siap disusun atur.Mungkin saja impian gua musnah disebabkan ‘kebaikan’ sendiri.Mungkin..

Masa sudah terlalu terhad...Namun jika jalan kejayaan itu dapat gua capai, dia tetap akan gua terbangkan.Ini suatu janji.

02 December 2010

30 Minute Silent In The Car

 

30 Minute Silent In The Car

Waktu itu cuma diisi dengan bunyi enjin pacuan 4 roda.Tiada sebarang kata-kata pun yang terucap,namun gua mampu merasakan sesuatu yang indah seolah-olah ada suara dalam diam itu.Bau lazatnya KFC dan Pizza Hut langsung tidak melencongkan jiwa gua dari menikmati saat-saat diam itu.

Tidak semua orang mampu menikmati saat diam dan tidak semua orang mampu berbual tanpa suara.

Alangkah indahnya jika kita mampu memiliki suara peribadi untuk didengar.Suara-suara yang akan membuat kita merasa cukup, hidup gembira dan tenang.

Salah satu suara terbesar dari keheningan itu adalah suara yang diucapkan tanpa bunyi,huruf atau tinta.

Dan lebih indah lagi jika suara itu lahir dari sepasang mata yang bersinar-sinar. Seolah-olah dalam mata itu matanya sedang melihat matanya sendiri.

ps: Sometimes it’s always wise to stop for a while and give your heart A time to breathe.

30 Minute Silent In The Car

30 November 2010

10 Things I like About My Girlfriends

 

10 Things I like About All My Girlfriends 

  1. Gua suka cara dia berlari kat gua bila gua datang rumah dia.
  2. Gua suka cara dia sebut “Anyway..”
  3. Gua suka bila dia tukar pinggan dia yang licin dengan pinggan gua yang selalu tak habis bila makan.
  4. Gua suka bila dia call dan tanya gua “hei..how’s work?”
  5. Gua suka cara dia pandang mata gua.
  6. Gua suka bila dia kejut gua pukul 6am semata2 tak nak gua lambat masuk keje.
  7. Gua suka bau dia..macam bau susu kotak.
  8. Gua suka memek muka dia..terutamanya bila dia buat muncung tu..aaaa..sukernya.
  9. Gua suka tengok dia gelak tanpa sebab bila dengan gua.
  10. Gua suka dengar dia bercakap pasal gua akan rasa amat tenang setenang-tenangnya.

PS: Gua suka dorang semua. :-)

16 October 2010

Heart In My Heart

 

It's all because these questions relate directly without ending.

Sometimes it’s like calling a little revenge.

Why is it so hard to be cleared? But so should I follow all of the answers inspired by  this black heart? As of today you are still missing before crossing into the memory.It’s may be true and probably is not.

I do not care about the answers to this question because If this secret world split in two, heart in my heart will not ever change.

memory

08 October 2010

The Story Behind The Soda

 

The Story Behind The Soda

From the very fuckin 1st day,i already told you,I'm not like others! I’m nothing..I’m nothing!

I sleep while everyone else is awake.
Sometimes i feel like depressed men who only bear the week to get to the weekend, but when the weekend comes, i do absolutely nothing.

But I’m not stupid,i know about your game.I only act dumb to make the stupid people like you feel clever.I only listen to your constant bullshit hoping that you just might hear the stupid things that are coming out of your mouth.Turns out you can't fix stupid.

Keep pretending,keep lying,lies and more lies but you poke a wrong tiger this time sweetie.

I'm done with this.

You want to hear a good lie from me?

Here's one - “I love you.”

ps: Let me know when you grow up. Maybe I'll still be around.

26 September 2010

Musuh Yang Datang

 

Gua akan mula menulis sesuatu yang hanya akan difahami oleh makhluk2 tertentu di dunia ini.

Kalau bercerita tentang sunyi,pecahannya terlalu banyak pada gua.

Bicara sesama hati adakalanya bahaya jika lu tiada bimbingan.Lu akan jawab sesuatu yang benar tetapi lu zahirkan sesuatu yang salah hanya semata2 untuk menggemukkan setan di dalam badan.

Lu cuba untuk jadi baik dan hanya lu sendiri tau tahap mana dan langit keberapa lu harus lihat untuk melayakkan lu bergelar seorang yang baik.

Lu cuba untuk jadi jahat,walaupun lu tak mampu nak sembur ridsect pada sekumpulan semut api yang sedang beratur mencari arah hidup.

Lu cuba berada digarisan selamat agar lu boleh beralih arah pada masa yang lu rasa sesuai.

Dan,pada lalang..lu memang bangsat! maaf bahasa gua agak kasar..tapi sekali lagi gua ulang lu memang bangsat!

Hidup lu memilih taraf,lu puji orang sampai hina diri sendiri!

Orang nak jadi jahat,lu nak jadi jahat.tapi bodoh.

Orang nak menipu,lu nak menipu,tapi macam lakhanat.

 

Argh..rezeki jangan ditolak,itu gua tau.

Musuh jangan dicari,itupun gua tau,

tapi,

tapi..

tapi…

Kalau musuh datang bagaimana?

Musuh Yang Datang

20 September 2010

Cerita Cinta Tak Sengaja

 

Masa tu gua berada di hutan Temerloh Pahang Darul Makmur.Gua ikut kawan buat sedikit research mengenai pokok gaharu.Pokok gaharu ni boleh gua katakan antara pokok yang termahal di dunia.Sebatang pokok gaharu yang berusia 6-7 tahun boleh dijual dengan harga RM1k.Tapi tu semua bergantung pada kualiti sesuatu pokok tu lah.Dah dah..gua bukan nak cerita pasal bisnes pokok,kalau lu orang nak tau,sila google sendiri ok,gua nak cerita pasal kisah cinta ni..fokus fokus.:)

Ceritanya macam ni..

Sebelum gua pergi kat hutan ni,gua adalah kenal ngan sorang awek ni,comel sangat2..dia punya comel teramat susah untuk gua terjemahkan dengan kata2.

Gua memang suka tengok perempuan yang comel, tapi tak bermakna bila gua cakap suka tu bermakna gua nak,Gua cuma suka je,itu saje..percayalah cakap gua ni.

Okay2..sambung cerita.

Gua kenal dia ni adalah dalam 6 bulan ,tapi selalunya gua borak gitu2 jer,kadang2 seminggu sekali,kadang2 sebulan sekali.Memang macam kawan2 biasa la.Masuk pada hari gua nak pergi hutan tu, dah sebulan gua takde contact2 dia langsung.

Al kisahnya masa gua sampai di hutan tu,tetiba jer gua teringat kat dia.Masa tu gua rasa rindu semacam..rindu yang tak pernah gua rasa pada seorang kawan.Rindu yang sampai menusuk jiwa mafia gua..arghhh sendiri faham la,tak reti gua nak terangkan tahap rindu gua masa tu.

Petang tu,gua macam biasa tolong member gua buat kerja.Tugas gua masa tu masukkan ubat kedalam dahan2 pokok yang telah ditanda.Jadi berbekalkan barang2 yang patut gua pun mulalah memanjat pokok tu dengan penuh semangat.Disebabkan gua ni sibuk dengan urusan kerja yang lain gua terpaksa guna handsfree untuk handphone.Setiap panggilan amat penting untuk gua jawab masa tu.pokok gaharu - Cerita Cinta Tak Sengaja

kalau lu orang tak pernah tengok,ni lah contoh pokok gaharu

Baru je beberapa ubat gua masukkan pada pokok tu,tetiba gua dapat satu sms dari dia yang berbunyi - “I’m on meeting,I’ll call u back”

Ha??? gua dengan terkejutnya baca lagi sekali sms yang pendek tu sambil tertanya2 ‘apsal tetiba jer dia hantar sms macam tu kat gua?’ Dengan menggelupurnya gua check dialled number,takut2 gua terdail nombor dia.

Arghhh…memang betul gua dengan tak sengaja dah tercall nombor dia..betul ni gua tak tipu,gua memang terdail.Yang gua pelik gua tak active kan speed dial,dan lagi satu nama dia bukannya mula huruf ‘A’ tapi huruf ‘D’.Kenapa dalam beratus nombor yang ada dalam hanphone gua ni,nombor dia yang gua boleh terdail? arghh pelik..gua memang tak sengaja langsung.

Tak habis lagi gua punya pelik,tup tup..handphone gua berbunyi.

Hello..“Hye neo..how are u? lama tak dengar cerita”

Gua : Hye..i ok jer,sihat mcm biasa..cuma busy sikit lately ni,banyak keje la.Skrg ni pun i kat atas pokok ni,tgh buat keje..huhu

Dia : Ha? atas pokok? merepek la u ni..sorry la eh tak dapat jawab ur call tadi,i ada meeting.Ada ape eh neo?

Disebabkan gua masih dalam mood pelik,Gua ambil masa untuk jawab soalan yang simple tu dan dengan bengapnya gua jawab..

Owh..takde ape2 pun..sebenarnya i terdail nombor u tadi,betul ni i tak tipu taw..(gua terus tepuk dahi sendiri sambil cakap dalam hati “apsal la bengap sangat aku jawab macam tu,dah tentu dia tak percaya punya..adoiii)

Sambil tergelak kecil dia cakap,hehe..owhh yeke..macam mana lah dalam banyak2 nombor kat phone u tu nombor i pulak yang u boleh ‘ter’ dail yer? hehe

Alamak,gua dah agak..dah tentu dia tak percaya..adoiii mcm mana ni???

Gua teruskan lagi perbualan dengan jawapan yang sama.

Entah la,i pun pelik jugak..tapi betul taw i memang terdail nombor u..percayalah..

Dia : Hehe..yer lah..i percaya,i ingatkan tadi u nak cakap ape2.

Gua : owh,takde lah..takde ape pun.

Dia : erm..kalau macam tu,ok la eh,u sambung lah keje u tu ok..jaga diri elok2 taw.

Gua : ermm ok..u pun sama tau,jaga diri baik2.

Dia : ok,thanks neo..bye..

Belum sempat dia nak letak phone,dengan tiba2 jiwa mafia gua sampai.Dengan nada macam nak menjerit,gua panggil nama dia

D*****

Dia : yer neo..

Gua : I miss u..

lepas tu dia jawab..

I miss u too neo.

Uwaaaaaa,gua punya happy masa tu rasa macam nak lompat2 jer.Nasib baiklah gua masih waras,kalau gua lompat mase tu dah tentu gua jatuh ke bawah..haha

Sampai situ je perbualan gua dgn dia pada hari tu dan gua meneruskan tugas gua kat atas pokok tu sambil tersengih sorang2..:)*muka senyum*

Sejak itu lah gua dan dia mula rapat dan bermulalah sebuah kisah cinta yang amat indah dalam hidup gua.Walaupun itu semua hanya tinggal kenangan,tapi gua tetap ingat saat2 manis terdail nombor orang yang gua rindu dan  gua namakan kisah itu ‘Cerita Cinta Tak Sengaja’

18 September 2010

Malas Itu Indah

 

Mungkin ramai yang tau lagu ‘Warisan Wanita Terakhir’ nyanyian Maman,tapi gua yakin tak ramai yang tau lagu bertajuk ‘malas’ni.

’Malas’ ialah sebuah lagu yang cukup indah dari kumpulan Teacher’s Pet,juga dinyanyikan oleh Maman.Gua pun tak tau ape cerita dia sekarang,last gua tengok dia masa gua pergi show kat plaza phoenix.Dah lama sangat pun,zaman gua sekolah menengah lagi.

Masa tu hidup gua hanya gitar dan muzik.Pegangan hidup gua masa tu ‘gua tetap akan bermain muzik tanpa mengira apa pun kekurangan hidup yang akan gua alami di masa akan datang.’

Gua tekad nak belajar kat Berklee College Of Music,tapi hasrat dan impian gua dihalang oleh mak gua.Ermm..dah bukan rezeki gua dalam bidang tu,ape nak buat.

Ape2 pun,lagu ni memang banyak bagi inspirasi dan kenangan pada gua,lirik dia memang class.Lu orang layan la lagu ni kejap kalau rajin.Klik je untuk dengar lagu tu ok.Enjoy :)

Teacher's Pet -Malas Itu Indah

Bilaku pejamkan mata segalanya menghampiri
Ke layar rasa semalam termanggu sejenak

Malasnya ku melangkah ke sana
Mencari sempadan kehidupan
Yang selalu hilang sebelumnya
Di sebalik satu kenyataan

Sesungguhnya malas itu indah
Tanpa ku terlibat dengan dosa-dosa
Dalam berusaha mencari sesuatu

Kekurangan di sini sudah cukup buatku
Apa yang kugenggam itulah harapan
Kelebihan yang datang adalah kesyukuran
Selagi dapat menyedut ketenangan
Sehingga terasa di jiwa
Nikmatnya..

Malasnya..

16 September 2010

Kenapa Kita Bosan

 

Kadang-kadang gua bosan,tapi jarang sekali gua luahkan perasaan tu keluar menjadi suara.

Sebosan mana pun gua,gua masih boleh berjaga sampai pagi,bangun ikut suka,masuk ofis ikut suka,online ikut suka,makan tido makan tido.

Arghh..bila fikir2 balik,bosan mana pun gua paling tidak gua tak perlu pergi perang macam kat bumi lain.Gua masih boleh lepak kedai kopi tengok orang main dam.Gua masih boleh lepak pantai teluk kemang tengok orang main banana bot.

Kadang-kadang gua tertanya-tanya:

  • Apakah sebenarnya yang gua nak dalam hidup ni?
  • Gua tau hidup ni sementara,tapi kenapa gua menggelupur tak tentu pasal?

Memang betul cakap member gua:

“Kekayaan adalah igauan penghuni pondok buruk,Kebahagiaan adalah igauan  penghuni istana”

Gua dah rasa berada dalam kedua-dua igauan itu,tapi kenapa gua masih rasa bosan?

Jawapannya cuma satu:

Gua kenal erti syukur..tapi GUA TAK BERSYUKUR!

Sekian Terima Kasih.

01 September 2010

Sayang Yang Lagi Satu

 

Sayang Yang Lagi Satu

Sayang

Sayang pada gua terbahagi kepada 2.

  1. Sayang pertama: “saya sayang sangat-sangat kat dia”
  2. Sayang kedua: “ishh..sayang betul la,tak sangka dia boleh jadi macam tu.”

ps: Gua sekarang dalam situasi untuk mengucapkan sayang yang kedua pada seseorang.Gua harap-harap sangat perkataan tu takkan keluar dari mulut gua.Amin..

31 August 2010

Feelings

 

Feelings

Akhirnya gua bersetuju dengan kata-kata kawan gua.Feeling adalah something yang kita tidak boleh create.

Merdeka Pada Gua

 Merdeka Pada Gua

Seperti tahun-tahun yang sudah,gua tetap tak ke mana-mana di malam kemerdekaan.Sebabnya gua tak minat dengan semua tu.Itu bukan jiwa gua.

Merdeka pada gua.

Apabila gua tidak bergantung pada sebarang makhluk,dan apabila gua mempunyai keyakinan yang amat tinggi bahawa makhluk tidak akan dapat memberi atau mendatangkan sebarang mudarat pada gua.

ps: tanah,tanah kita..negara,negara kita..tapi orang lain yang menari-nari,kita pulak yang terkinjak-kinjak. *sigh*

Jiwa Kacau

 

Jiwa Kacau

What is more painfull?

When the person whom you trust hurt you,

OR

the person whom you hurted still trust you?

ps: Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya panas sampai ke malam.:(

Gua Bukan Robot

 

Gua Bukan Robot

Selamat datang semua.Ini adalah blog baru gua.Blog ini gua buat khas untuk meluahkan segala apa yang gua nak.Takde terikat dengan sebarang niche.Gua akan taip apa yang gua suka kat sini.Gua tak peduli ada orang suka ke tak,pasal gua dah letih jaga perasaan orang,letih letih letih!!!

ps :gua bukan robot.

related posts

Related Posts with Thumbnails