20 September 2010

Cerita Cinta Tak Sengaja

 

Masa tu gua berada di hutan Temerloh Pahang Darul Makmur.Gua ikut kawan buat sedikit research mengenai pokok gaharu.Pokok gaharu ni boleh gua katakan antara pokok yang termahal di dunia.Sebatang pokok gaharu yang berusia 6-7 tahun boleh dijual dengan harga RM1k.Tapi tu semua bergantung pada kualiti sesuatu pokok tu lah.Dah dah..gua bukan nak cerita pasal bisnes pokok,kalau lu orang nak tau,sila google sendiri ok,gua nak cerita pasal kisah cinta ni..fokus fokus.:)

Ceritanya macam ni..

Sebelum gua pergi kat hutan ni,gua adalah kenal ngan sorang awek ni,comel sangat2..dia punya comel teramat susah untuk gua terjemahkan dengan kata2.

Gua memang suka tengok perempuan yang comel, tapi tak bermakna bila gua cakap suka tu bermakna gua nak,Gua cuma suka je,itu saje..percayalah cakap gua ni.

Okay2..sambung cerita.

Gua kenal dia ni adalah dalam 6 bulan ,tapi selalunya gua borak gitu2 jer,kadang2 seminggu sekali,kadang2 sebulan sekali.Memang macam kawan2 biasa la.Masuk pada hari gua nak pergi hutan tu, dah sebulan gua takde contact2 dia langsung.

Al kisahnya masa gua sampai di hutan tu,tetiba jer gua teringat kat dia.Masa tu gua rasa rindu semacam..rindu yang tak pernah gua rasa pada seorang kawan.Rindu yang sampai menusuk jiwa mafia gua..arghhh sendiri faham la,tak reti gua nak terangkan tahap rindu gua masa tu.

Petang tu,gua macam biasa tolong member gua buat kerja.Tugas gua masa tu masukkan ubat kedalam dahan2 pokok yang telah ditanda.Jadi berbekalkan barang2 yang patut gua pun mulalah memanjat pokok tu dengan penuh semangat.Disebabkan gua ni sibuk dengan urusan kerja yang lain gua terpaksa guna handsfree untuk handphone.Setiap panggilan amat penting untuk gua jawab masa tu.pokok gaharu - Cerita Cinta Tak Sengaja

kalau lu orang tak pernah tengok,ni lah contoh pokok gaharu

Baru je beberapa ubat gua masukkan pada pokok tu,tetiba gua dapat satu sms dari dia yang berbunyi - “I’m on meeting,I’ll call u back”

Ha??? gua dengan terkejutnya baca lagi sekali sms yang pendek tu sambil tertanya2 ‘apsal tetiba jer dia hantar sms macam tu kat gua?’ Dengan menggelupurnya gua check dialled number,takut2 gua terdail nombor dia.

Arghhh…memang betul gua dengan tak sengaja dah tercall nombor dia..betul ni gua tak tipu,gua memang terdail.Yang gua pelik gua tak active kan speed dial,dan lagi satu nama dia bukannya mula huruf ‘A’ tapi huruf ‘D’.Kenapa dalam beratus nombor yang ada dalam hanphone gua ni,nombor dia yang gua boleh terdail? arghh pelik..gua memang tak sengaja langsung.

Tak habis lagi gua punya pelik,tup tup..handphone gua berbunyi.

Hello..“Hye neo..how are u? lama tak dengar cerita”

Gua : Hye..i ok jer,sihat mcm biasa..cuma busy sikit lately ni,banyak keje la.Skrg ni pun i kat atas pokok ni,tgh buat keje..huhu

Dia : Ha? atas pokok? merepek la u ni..sorry la eh tak dapat jawab ur call tadi,i ada meeting.Ada ape eh neo?

Disebabkan gua masih dalam mood pelik,Gua ambil masa untuk jawab soalan yang simple tu dan dengan bengapnya gua jawab..

Owh..takde ape2 pun..sebenarnya i terdail nombor u tadi,betul ni i tak tipu taw..(gua terus tepuk dahi sendiri sambil cakap dalam hati “apsal la bengap sangat aku jawab macam tu,dah tentu dia tak percaya punya..adoiii)

Sambil tergelak kecil dia cakap,hehe..owhh yeke..macam mana lah dalam banyak2 nombor kat phone u tu nombor i pulak yang u boleh ‘ter’ dail yer? hehe

Alamak,gua dah agak..dah tentu dia tak percaya..adoiii mcm mana ni???

Gua teruskan lagi perbualan dengan jawapan yang sama.

Entah la,i pun pelik jugak..tapi betul taw i memang terdail nombor u..percayalah..

Dia : Hehe..yer lah..i percaya,i ingatkan tadi u nak cakap ape2.

Gua : owh,takde lah..takde ape pun.

Dia : erm..kalau macam tu,ok la eh,u sambung lah keje u tu ok..jaga diri elok2 taw.

Gua : ermm ok..u pun sama tau,jaga diri baik2.

Dia : ok,thanks neo..bye..

Belum sempat dia nak letak phone,dengan tiba2 jiwa mafia gua sampai.Dengan nada macam nak menjerit,gua panggil nama dia

D*****

Dia : yer neo..

Gua : I miss u..

lepas tu dia jawab..

I miss u too neo.

Uwaaaaaa,gua punya happy masa tu rasa macam nak lompat2 jer.Nasib baiklah gua masih waras,kalau gua lompat mase tu dah tentu gua jatuh ke bawah..haha

Sampai situ je perbualan gua dgn dia pada hari tu dan gua meneruskan tugas gua kat atas pokok tu sambil tersengih sorang2..:)*muka senyum*

Sejak itu lah gua dan dia mula rapat dan bermulalah sebuah kisah cinta yang amat indah dalam hidup gua.Walaupun itu semua hanya tinggal kenangan,tapi gua tetap ingat saat2 manis terdail nombor orang yang gua rindu dan  gua namakan kisah itu ‘Cerita Cinta Tak Sengaja’

11 comments:

  1. tue dia... jiwang atas pokok tu..haha..

    ReplyDelete
  2. pokok gaharu ek? my friend pun ada buat bisnes ni jugak.. hehehe..

    errrmmmm... si dia tu yg pernah u cerita dlm entry u yg lepas ke? sorry kalau i busy body..

    ReplyDelete
  3. comel je kisah nie! hehe! sukerrr ...! =)

    ReplyDelete
  4. @Nadia

    Ada comel macam penulisnya x? hohoho :D

    ReplyDelete
  5. haha, lucu cerita, btw, happy for u neo:))

    p/s, bukak shoutbox, tak leh nk chat..haishh, tertipu:p wkwkwkkw

    ReplyDelete
  6. @FIFIEY LYCHEE MARATION

    Hahaha..
    Shoutbox tu saje untuk beratkan blog je..hoho.
    Jangan mare :D

    ReplyDelete
  7. d tu pon gerenti nk tlompat gak time ko ckp miss u..nasb dia kat opis klu x org kte die gile plak...hahahah

    ReplyDelete

related posts

Related Posts with Thumbnails