16 September 2010

Kenapa Kita Bosan

 

Kadang-kadang gua bosan,tapi jarang sekali gua luahkan perasaan tu keluar menjadi suara.

Sebosan mana pun gua,gua masih boleh berjaga sampai pagi,bangun ikut suka,masuk ofis ikut suka,online ikut suka,makan tido makan tido.

Arghh..bila fikir2 balik,bosan mana pun gua paling tidak gua tak perlu pergi perang macam kat bumi lain.Gua masih boleh lepak kedai kopi tengok orang main dam.Gua masih boleh lepak pantai teluk kemang tengok orang main banana bot.

Kadang-kadang gua tertanya-tanya:

  • Apakah sebenarnya yang gua nak dalam hidup ni?
  • Gua tau hidup ni sementara,tapi kenapa gua menggelupur tak tentu pasal?

Memang betul cakap member gua:

“Kekayaan adalah igauan penghuni pondok buruk,Kebahagiaan adalah igauan  penghuni istana”

Gua dah rasa berada dalam kedua-dua igauan itu,tapi kenapa gua masih rasa bosan?

Jawapannya cuma satu:

Gua kenal erti syukur..tapi GUA TAK BERSYUKUR!

Sekian Terima Kasih.

4 comments:

  1. so, bersyukurlah dengan apa yang ada kalau tak nanti anda bosan..huhu..

    ReplyDelete
  2. entry punya title nak dekat sama dah. haha
    simple entry. tp meaningful

    ReplyDelete

related posts

Related Posts with Thumbnails