Mengimbas kembali tahun-tahun gelap ketika gua menghabiskan sisa- sisa hidup dengan sekandang kambing.
Ketika itu cuma ada Dia,kambing dan diri gua yang semakin asyik di alam buana.
Iyer..alam itu amat asyik.Mungkin kerana hidangannya membuatkan gua lupa akan kesakitan yang sedia ada.
Menikmati saat-saat indah untuk lebur dalam peleburan terlalu sukar untuk gua luahkan dengan kata-kata.
Di saat itu tidak ada satu malaikat pun yang mampu memasuki ruang lingkup yang nampak seakan akan seperti ciptaan sendiri.Namun itu cuma pada mata orang.
Seperti mana sejarah sistem pernomboran dunia.Yang mana ia hanya lengkap ketika datangnya seorang bijak pandai yang menambah satu lagi angka yang di namakan ‘0’ (kosong),seperti itu lah jua perjalanan itu.
Belajarlah setinggi mana pun.Penamatnya ialah ‘kosong’ atau dalam kata lain ‘tiada daya dan upaya’.
Kesedaran akan perkara itu barangkali akan datang lagi.
Mungkin sedetik,mungkin seketika dan mungkin buat selamanya.
No comments:
Post a Comment