It begins with respect. |
photo source |
29 October 2011
27 October 2011
Coffee With Love
Kadang2 dalam hidup ni banyak benda yang kita tak nampak.Maksud gua sesuatu yang berlaku di sebalik suatu cerita.
Gua bagi contoh satu cerita yang baru berlaku sebentar tadi.
Cerita yang nampak: Seorang hero menghantar secawan kopi kepada buah hatinya yang sedang bekerja sambil mengadap laptop di tingkat 1.
Cerita yang tak nampak :
Hujan turun agak lebat,suasana amat suram.Secara tiba2 hero yang sedang merokok di ground floor teringatkan buah hati kesayangannya di tingkat atas.
Berdetik dalam hati hero "kalau kena kopi tarik hujan2 ni,best jugak"
Lalu hero itu dengan rajinnya pergi ke pantry untuk meneruskan niatnya untuk membuat kopi tarik,tapi walaupun hero ini adalah peminat nombor 1 kopi tarik,dia mengutamakan dahulu buah hatinya yang juga sudah terjebak menjadi seorang peminat kopi tarik.
Hero itu memulakan proses membuat kopi tarik dengan membuka 1 tin susu.Dengan tidak semena-mena jari telunjuk hero terluka dengan agak dalam kerana terkena tajamnya tin susu.Darah menitik ke lantai tanpa henti.
Tapi kalau dah nama hero,dia tahan jer..buat2 cool walaupun pedih luka tu payah nak diterangkan.
Hero itu membasuh jarinya dan menutup jari yang luka itu dengan berhelai2 tisu.
Hero meneruskan proses membuat kopi dengan merendam serbuk kopi.
Sewaktu proses merendam kopi,sekali lagi secara tak semena2 gelas itu jatuh pula ke lantai dan air yang panas itu terkena pula pada tangan si hero.
Maka menjerit la hero sekali lagi,tapi hero tu jerit perlahan2 jer..takut orang dengar la katakan.
Hero terpaksa merendam serbuk kopi sekali lagi dan dalam waktu yang sama hero perlu membersihkan lantai yang telah kotor kerana kopi yang tumpah tadi.
Dipendekkan cerita maka siaplah secawan kopi tarik yang bukan saja manis tapi penuh dengan jiwa dan kasih sayang.
Maka berjalan lah hero itu menaiki tangga untuk pergi ke tingkat atas,dan terjadi lah sebuah cerita yang nampak tadi "Seorang hero menghantar secawan kopi tarik kepada buah hatinya yang sedang bekerja sambil mengadap laptop di tingkat 1."
Buah hatinya menerima secawan kopi tarik itu dengan senyuman dan ucapan terima kasih tanpa mengetahui atau nampak kejadian disebalik pembikinan kopi tarik itu.
Sekian.
Buah hatinya menerima secawan kopi tarik itu dengan senyuman dan ucapan terima kasih tanpa mengetahui atau nampak kejadian disebalik pembikinan kopi tarik itu.
Sekian.
ps: Kopi yang penuh jiwa seperti ini tidak dijual di Starbucks atau Coffee Bean.Ok bye. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)